Sunday, September 7, 2008

Balang Mayonis & 2 Cawan Kopi

Dalam satu kelas falsafah, berdiri seorg cendekiawan di hadapan anak muridnya dengan beberapa barang.Tanpa mengeluarkan sebarang suara, si Cendekiawan memulakan sesi pada hari itu dengan mengambil balang mayonis di atas mejanya lalu diisikan dgn bola-bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya,sama ada balang tersebut telah penuh."Ya". para pelajar pun menjawab dalam masa beberapa saat sahaja tanpa memikirkan jawapan tersebut.Si cendekiawan tersenyum,lantas mengambil batu kerikil halus yg telah disediakan terlebih dahulu untuk dituangkan ke dalam balang mayonis tersebut,seraya menggoncang balang itu.Bebatu kerikil mengisi ruang-ruang kosong di antara bola golf.

Pertanyaan yg sama diajukan sekali lagi oleh beliau.Jawapan yg sama juga diterima.''Ya'' jawab anak muridnya.Tanpa menjelaskan apa2 kepada pelajar2 beliau yg agak2 pening dgn sikap professor mereka pada hari itu,si cendekiawan mengambil pula sebuah kotak berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang mayonis.Balang digoncang.Pasir memenuhi ruangan kecil balang tersebut.

Seperti sebelumnya,si cendekiawan mengajukan soalan kpd para pelajarnya.Rata-ratanya menjawab "ya",sekelompok kecil menjawab "tidak" dan ada la 2-3 org yg pening tidak menjawab soalan itu.

Sejurus kemudian, si Cendekiawan mengeluarkan 2 cawan kopi dari bawah mejanya.Sangka para pelajar,profesor mereka itu tentu sudah haus setelah beliau merapu di awal2 kelas ini.Jangkaan mereka meleset sama sekali.Kopi itu tidak diminum si prof.kopi itu dituang ke dalam balang mayonis.Balang digoncang.Kopi memenuhi ruang2 antara pasir,batu kerikil dan bola golf.Para pelajar ketawa dengan tindakan tidak berasas profesor mereka itu.

Si Cendekiawan tersenyum.''Sekarang!" dgn suara yg agak tegas setelah kelas itu diriuhrendahkan dgn hilai tawa muridnya,profesor mula melontarkan suara.

''Anggap balang mayonis ini sbg mewakili kehidupan.Bola2 golf mewakili elemen2 penting dlm hidup, tuhan,agama,keluarga,sahabat,awek apa sahaja yg penting.Kiranya kita hilang segalanya tetapi perkara2 penting ini masih ada.Hidup ini masih bermakna.Batu2 kerikil ini pula mewakili elemen lain spt kerja anda,kereta dan sbgnya.Pasir pula mewakili benda2 yg remeh-temeh."

"Kiranya pasir dimasukkan ke dlm balang terlebih dahulu,maka tidak akan ada ruang untuk batu kerikil dan juga bola golf.Samalah dlm hidup ini,jika kita mementingkan perkara yg remeh temeh,maka kita tidak akan punyai masa untuk perkara yg lebih penting.Hargailah hidup kita yg singkat ini.Penuhilah masa bersama org tersyg.Sila ambil berat ttg bola golf dahulu-iaitu perkara yg benar2 penting.Selayaknya manusia adalah sbg khalifah di muka bumi ini.Tetapkan keutamaan,yg lain hanyalah pasir..."

Sbg renungan,apabila kehidupan seakan penuh,apabila 24 jam tidak mencukupi,ingat lah kisah Balang Mayonis & 2 Cawan Kopi ini.......

'Demi masa,sesungguhnya manusia kerugian....'


Honcho:i still find 24 hours too short to meet friends,too brief to spend,not enough to enjoy,too deficient for a boy..yet,i still buang masa with all the pasir thing...haisyyyy.....

6 comments:

Anonymous said...

peringatan yg amt bagus..
oleh itu aku akn tidoq awal mlm ni...
sekian~~

Honcho Cho said...

tq ayam,aku kan pujangga karut yg berbicara ttg kehidupan...haha. bajet sggh!

nur akmal said...

wahai pujangga, kl kt gn bola pinpong cm mn???
hehehe....
bagus gak crite ko nie, wahai pujangga karut dari kedah....

Honcho Cho said...

eemmm..blh gak guna pingpong..
tp lagi ringan dr bola golf and pingpong tu pnjg sgt nak tulis compared to golf!
hehe

zettyshafiqa said...

jap jap.. awek tu bola golf?
rasenye pasir je kot. kalau isteri, ye.

Honcho Cho said...

haha..btol gak ye cik zetty..