Anak Kecil Main Api
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.
Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutup hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang
Kini cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati,
bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.
Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara-3x...
Menara Bangsa..
Suria muncul di pagi hari,
Kita bangun sederap kaki,
Menara bangsa akan kita bina,
Perkasa tiada rebah lagi.
Mentari sudah ada di sini,
Pasti bersinar seribu tahun lagi,
Biar berhembus angin sangka kala,
Malam pasti tiada datang.
Kita sudah tiada perlu tidur kerna mimpi ada di depan mata,
Peluh jernih berganti keringat,
Bersinar bagai mutiara.
Rimba akan terus hijau,
Unggas riang ria b’kicau,
Air jernih meriak di kali,
Udara nyaman tenang di rongga.
Darah kembali berharga,
Merah buat penyeri muka,
Embun jernih meniti di bibir,
Kasih sayang jadi milik semua.
Terikat hanya di tali cinta.
Kita bebas terbang laksana burung,
Terikat hanya di tali cinta.
Ulasan:
dua karya indah yg begitu mendalam maksudnya..telah mencetuskan minda lemah ini untuk berfikir seketika tentang nasib anak bangsa,saudara seagama..kenapakah wujudnya petualang
Si Kitul dan Raja Mendeliar dalam sejarah gemilang org melayu...mampukah negara ini melahirkan Dato Onn mahupun Tunku Abdul Rahman?i dont wish to comment further in this matter.biar ku tak bersuara.biarlah hujah ini di simpan di ruang pikiran drpd di letak di draft,menunggu masa untuk di publish.Selamat Meyambut Kemerdekaan Ke 51!
Honcho:im not a great debator but i've my own thought..haisyyyyy...
7 comments:
aku suka dua2 lagu ni..
penyusunan kata2 yg menyayat jiwa menusuk kalbu hohoh
tp aku short term
aku da lupe la tempo lagu ni haha =p
tu ah..lirik dia..fuyyo,mashyuk sial.
blog yg menarik.
:)
lgu dua2 best.
tapi ko ada silap sket.
pertama, bukan tajuk warisn la,
tajuk dia "anak kecil main api"
kedua, ko punya lirik lagu menara bangsa silap.
ko kena semak balik.:P
hehe..sekian sahaja..
smga kt sm2 mnghayati lirik lagu ini yg mlmbngkn bngsa kita...
" kesedarn kt sbg bngsa Melayu"
tq tika!actually time aku wat entry tu aku tgh xthn nak gi toilet.time tu aku on9 kat acer mais(time korg main dota!)..my bad,my bad..tq tika! slalu la singgah ye.
akmal!tq,selalu singgah ye.hehe
tika..
bukan btol ke tajok die warisan?
Post a Comment